Wednesday, 24 March 2010

More Massage?

Minggu lepas me and my big boy pergi foot massage di Thai Odyssey OU. Dah lama nak pergi sebenarnya, tapi ada saja perkara yang menghalang. At first, I decide nak half body massagae, tapi penuh. So, just had foot massage.

For 30 mins we have to pay RM40 per person. Tambah lagi RM5 dapat 45 mins. Tap tak boleh lama-lama sebab after that ada appointment. Nanti marah pula future in laws kalau lambat kan hehe..

Orang yang urut perempuan Thai. Agak berumur juga, maybe in her 40's. Sebelum massage, kaki kena basuh dulu. Mesti kena bersih kan, kalau tak dia pun tak nak urut kaki yang kotor. My big boy cakap habis semua daki keluar. Lepas tu, sesi massage bermula.

Mula-mula dia letak minyak aromaterapi tu, sedap juga bau dia. Menenangkan. Tapi lepas tu, bila dia mula urut terasa sakit-sakit. Control ayu lah I masa tu kan, takkan nak tunjuk muka sakit. Berkerut-kerut juga muka I sikit bila jari dia tekan dalam-dalam.. Ouch!Ouch! Dalam hati saja. Kira-kira for each foot around 15 minutes. Lepas dia urut, dia letak bedak lagi kat kaki.. haa bagi gebu kot.

Lepas habis, dia bagi I air apa pun tak tahu, panas.. nak kata teh tak pula air tu warna macam teh kan. Sedap juga, terasa lega badan. Bila tanya my big boy boleh dia kata tak rasa apa-apa. Lelaki tough katanya memang macam tu. Dia cakap yang betul-betul terasa urutan masa dia pergi ke Thai dulu. Itu memang boleh menjerit kalau kena urut. Apa-apa pun, my leg tak rasa lenguh dah.


Dan hari ni rasa badan dan kepala mula lenguh dan sakit sengal-sengal. Adakah akan pergi untuk kali kedua?
Post a Comment