Monday, 29 March 2010

Pre Marriage Course

Dalam Bahasa Melayunya.. Kursus Pra Perkahwinan. Orang yang bakal mendirikan rumahtangga, yang bakal berkahwin itu diwajibkan mengambil kursus pra perkahwinan sebelum bernikah. Kursus cuma 2 hari, from 8-5, macam waktu pejabat. Tak ada exam or pop kuiz, hanya dengar penceramah berceloteh saja. More to preparation before you getting married, the procedure and a bit about financial and health.

Orang yang hadir kursus ramai juga, nearly 100 people. Dapat juga kawan baru tapi kenal dan lupa masa itu juga lah kan hehe.. Rata-ratanya memang orang yang tinggal berdekatan. Paling jauh my big boy agaknya. Plus, dia cakap semua orang pandang dia macam tak pernah nampak orang. Kena dua kali toleh. I cakap, memang lah, atas dahi tu ada tulis I'm from KL kot hehe.. Dia balas, tak.. diorang cakap 'Ish, hensemnye dia ni, bertuah betul tunang dia'.. huh! Ye lah tu kannnn.

Ada sesetengah penceramah tu agak mem'boring'kan, ada tu yang buat lawak memang ketawa saja lah most of the time. Hilang mengantuk, especially lepas lunch. Kebanyakan penceramah yang dijemput, dari pejabat agama daerah dan orang Jawa. Hehe.. Jadi, ada lah sesetengah lawak itu dalam bahasa Jawa kan. Orang yang tak faham, buat-buat faham dan sama-sama gelak. Lawak-lawak pun info yang disampaikan tetap ada dan kebanyakkannya memang pengalaman sendiri. So, diceritakan semula untuk peringatan semua orang.

Banyak ilmu yang kami dapat dalam masa dua hari tu, yangang sememangnya patut dijadikan panduan untuk orang yang bakal berkahwin. Even though I pernah berkahwin, tapi dah lama perkara tu berlalu dan memang ada yang lupa dan tidak dipraktikkan setelah berkahwin. InsyaAllah, harapan dengan bakal suami yang baru semuanya dapat dilakukan dengan baik. Siap beli buku Ustaz Ismail Kamus tu lagi. Bagus buku tu, banyak topik menarik yang boleh dijadikan panduan. Tak mahal pun, RM50 saja.

Also, too bad on both days I've got headache. Nasib baik habis first day kursus, pening yang teruk tu jadi bile dah habis kursus. Rasa nak tumbang pun ada, tapi memang dah terbaring pun lepas keluar pergi beli makanan untuk dinner. I thought because of not enough rest and sleep, that's why I senang kena headache. Sebelum ini, tak ada pun macam tu. Maybe sebab umur dah makin nak ke angka 3 series ni tu yang antibodi badan tak berapa kuat sangat. I think now I tak boleh tahan lapar and nak makan nasi sekerap yang boleh. Bukan nak bagi berat badan naik mendadak, cuma nak hilangkan rasa lapar. My friends cakap, metabolisma I tinggi, entah ye entah tidak, I also don't know. My big boy memang suka I makan banyak, ayat dia senang saja.. You won't get fat overnight! Yeah I know.
Post a Comment