Wednesday, 17 March 2010

When I Was A Kid

When I was 8 years old, my family moved to Penang. Sedih betul masa tu sebab nak berpisah dengan kawan-kawan yang kenal sejak kecil. And, there's one girl who is still keep in touch with me until now. That is because our father are freinds. Macam kena culture shock, new environment, new neighbourhood, new friends.. And, yes new languange. I kena belajar loghat utara. My God, kalau lidah bertulang agaknya dah patah masa tu.

'Hang ni mai dari mana?'
What is she asking? Dari mana tu of course I know. But HANG??
'Selangor', I jawab macam tu saje.
'Awat pindah sini?' Mak pak hang gheja apa?'
She said it again. Now with awat??
'Kite tak faham ape awak cakap. Hang tu ape? Awat tu ape?
Berkedut dahi I that time.
'Laa dia ni, tu pun tak paham. Mai aku habaq kat hang. Hang tu awak la, awat tu kenapa. Takkan tu pun tak tau aihhh..' memang sangat pekat ok! (I was smiling when I wrote this)

Siap dia boleh tambah:
"Hang kena belajaq, sat lagi depa panggei hang alien baru hang tau. Kami tak mau kawan orang alien ni.'
I was like, HUH!!?? I'm lost in every word!
'Depa??'
'Tak pa tak pa, kami buleh ajaq hampa cakap Penang. Don't worry'.
'Hampa?' Saye tak ade rase hampa pun kalau tak de orang nak kawan kite. Kite ok je.'

Budak tu boleh ketawa sampai merah muka dia.
'Hampa tu awak la.' Dan, dia ketawa lagi.

And, her name was Amy Farrah. Entah di mana dia sekarang. Tapi lepas std 3, kami tukar kelas and we're not close anymore.

Lama-lama seronok juga tinggal di Penang. Mesti lah kan, bila dah tahu tempat, kenal ramai kawan dan yang penting boleh bercakap bahasa diorang kan. Teringat lagi, bila cikgu tanya cita-cita dah besar nak jadi apa. I letak doctor, peguam, pilot, cikgu. Amboi semuanya kerja yang bagus-bagus belaka. Dah nama pun cita-cita kan, jadi letak lah apa yang terfikir masa tu. Nak jadi cikgu tu yang kelakar, sebab I myself lawan cikgu, buli pun ada nak jadi cikgu?? Mimpi lah kan. Don't want to get the same. Remember, what you give you take back.

Masa umur below 12 years old, ada juga rasa nak jadi remaja secepat mungkin dan berangan nak jadi dewasa. Sebab masa tu fikir, bila dah remaja allowance dapat banyak and if dah dewasa, boleh kerja dan dapat duit lagi banyak. Masa tu fikir nak dapat duit banyak je. Tak tahu apa itu tanggungjawab. Budak-budak kan hanya tahu keseronokkan. Nak baju baru, mainan baru.. cakap saja pada ayah, hujung bulan bila dah gaji dapat lah kan. Seronok betul masa kanak-kanak.

Masa tu juga, terjebak dengan cinta monyet. Serious kelakar. Siap boleh bagi hadiah frame masa last day std 6. My God, when I think back about it.. gatalnya! My best friends knew about it because they were there. Bila cerita balik pada diorang, mesti teruk I kena kutuk nanti.

Memory remains.. when I was a kid.
Post a Comment