Monday, 5 April 2010

Over The Weekend

This is a summary of activities and things I've done during weekend. Hehe.. punya lah malas nak update after each activities. Dah tentu balik lewat malam plus mengantuk zzZzzzz itu lagi penting.

On Saturday me and big boy pergi PWTC sebab ada Shoe Festival. Promotion bukan main hebat, berbulan-bulan update keluar TV semua. Tapi kami dilanda kekecewaan.. indah khabar dari rupa. Rasanya we can get that sale discounts kat KLCC Isetan tu haa.. tak ke kecewa namanya tu. Memang ada jenama yang famous tu, Jimmy Choo, Bill Keith.. rasanya dua tu saja yang paling famous. Terkejut tengok harga kasut merah dalam kaca tu, RM200,000!!!! Haa kau, tak tahu lah apa yang ditepek kat kasut tu kan. Nak kata diamond of course akan ada pak guard jaga dengan senapang. Semua orang I tengok dok sakan ambil gambar. Nak upload facebook ke?? Hehe.. Memang dalam mimpi lah kalau dapat kasut harga macam rumah semi D itu. Big boy pun kecewa sebab actually niat nak cari kasut dia untuk nikah nanti. Kesian my big boy and nasib baik tak bawa sekali my small boy. Kalau bawa dia, seharian boleh dengar dia merungut penat dan bosan.

Lepas kekecewaan itu, we went to Home Living Fair.. tak ingat full name fair tu. Nak beli something like sofa, katil or kitchen things.. belum ada rumah sendiri kan jadi mencuci mata sekali lagi. Then I ternampak jam yang bukan pelik yea, tapi design dia bukan jenis bulat normal tu. Ada satu jam bentuk burung, memang cantik kalau letak kat hall tengah rumah or dalam bilik tidur kat kepala katil tu. Hmmm.. tapi belum ada rumah and macam-macam lagi yang rasa tak perlu beli buat masa ini. Huk huk.. dua kali kecewa.

Before we went to PWTC, jumpa wedding planner baru. Kak Ratna from Perfect Day Planner. Seronok dengar dia bercerita, and really hope this time jadi lah dengan dia. Amin.. And I am being paranoid out of sudden. Mana tak nya dah masuk bulan April, satu apa pun tak buat. Not even my dress! Now tell me, bakal pengantin perempuan mana yang tak push panic button no 3?? ( I know my big boy will say relax, 'abang' ada) Stressed nya rasa, even though tak ada orang yang buat I stress tapi.. ya I made myself paranoid.

Hari ni Norway still on holiday, jadi I sakan surf nak tempah baju nikah, kasut untuk sewa, make up dan yang I rasa tak ada dalam wedding package tu. Bukan apa, preparation. Lunch hour tadi dah beli kasut my big boy, so setel satu benda. Now, nak cari tailor untuk tempah baju nikah. I am surfing 'Man Kajang'. Nak suruh Rizalman, errr.. mahal kot.
Post a Comment