Sunday, 5 September 2010

Ada Apa Dengan Raya?

Ok, entry masih lagi dengan bahasa rojak.. BI and BM. Jangan ada yang ambil tindakan tatabahasa to me sudah hik hik.. Masih lagi di bulan Ramadhan, hari ke 26.. 4 hari lagi nak raya. Yay! Yay! Tu dia mama seronok mengalahkan Adzreza Syahmie. Oh and 20 more days to my big day.

InsyaAllah, raya tahun ini jatuh pada hari Jumaat 10hb September. Ok, we story sikit pasal nak raya ni.

Baju raya.. this year I didn't have any new one. Only for me small man. Purple lagi you, handsome anak mama nanti. I akan dapat baju raya merangkap baju nikah nanti kan, jadi allocation sudah pergi ke situ. The price, don't ask. Still not done yet.

Kuih raya.. My favourite is tart nenas. This year, sadly no tart nenas for me huk huk. Oleh kerana budget sudah pergi ke big day itu, maka ayahanda yang membeli kuih raya. My mother memang tak larat dah membuat kuih, dulu masa muda-muda cewahhh.. rajin jugak lah kan. Sekarang ni main tunjuk dan bayar saja. Selain kuih raya mesti ada juga kerepek. Kerepek pisang, kerepek pedas, kerepek bawang.. and the list goes on.



Kad raya.. rasanya tahun ini tokey kedai kad raya tak dapat banyak duit. Mana tak nya, semua gune facebook and twitter je. Tak caya? To those who have facebook should know. Habis di tag sana sini. Lepas tu siap boleh tambah gambar sendiri. Haa, kad raya kertas tu ada ke orang nak buat macam tu? Tak ada kan?? Tu namanya, kebijaksanaan menggunakan teknologi terkini. Kad raya online namanya.



Sampul duit raya.. ini sudah menjadi salah satu yang wajib. Yang paling seronok ialah kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. 13 tahun ke atas pun ada gak dapat duit raya kan, tapi kalau dapat tu ala-ala malu tapi mahu gitu. I do remember when I was 20 I do get it ok. Haha.. was mistaken because they said I looked like 15.. awww.. yeah young! Now, my turn to give duit raya. Tapi tahun ini, sorry yea kanak-kanak, tiada duit raya from Auntie Fara. Boleh mintak kat Atok Awie dengan Nenek Nah. Oh yea, Auntie Diba, Auntie Idah and Uncle Pesot also can provide duit raya hehe..



Ziarah dari rumah ke rumah.. Ini pun menjadi tradisi dari dulu. Bila cuti hari raya je yang selalunye boleh melawat saudara mara di kampung dan juga di bandar kan. Sambil melawat sambil makan. Sebab tu ada yang boleh naik berat badan sampai 5KG. Ehem.. attention to Mr. Fruitheart, beringat bila makan tu yea. Jangan semua masuk dalam mulut tak de tapis-tapis. Boleh nampak tummy and seluar kahwin nanti kene alter pulak.

Oh lupa nak include, sembahyang di pagi raya.. lepas itu melawat kubur insan tersayang yang telah kembali ke rahmatullah. Masuk tahun ini, dah 6 tahun arwah adik pergi. Semoga rohnya di cucuri rahmat.. amin. Lepas tu, agenda (eh macam tak sesuai je perkataan tu) saling bermaafan sesama ahli keluarga. Haa.. this part, kene standby tisu. Confirm nangis! Sebak syahdu tau.

Lagu raya.. memang lagu popular sejak dari dulu sampai sekarang. Lagu sekarang memang tak boleh lawan lah lagu macam senarai di bawah hehe..
Suasana Hari Raya (Sharifah Aini)
Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
Selamat Hari Raya (Fazidah Joned)
Menjelang Hari Raya (D.J. Dave)
Balik Kampung (Sudirman)
Pulanglah (Aishah)
Selamat Hari Raya (Saloma)
Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)
Kepulangan Yang Di Nanti (Aman Shah)
Selamat Berhari Raya (Rahimah Rahim)
Satu Hari Di Hari Raya (M.Nasir)
Dendang Perantau (P.Ramlee)
Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Sudirman)
Cahaya AidilFitri (Black Dog Bone)
Aidilfitri (Sanisah Huri)

Overall, Hari Raya Puasa is a joyous occasion for Muslims. Seronoknye nak raya!
Post a Comment