Friday, 8 October 2010

Ada Apa Dengan Khamis Malam Jumaat?

Peringatan, ini tiada kena mengena dengan anda. Jika anda tidak selesa dengan tajuk di atas, sila jangan baca. Untuk bacaan 18 tahun ke atas. Terima kasih. Wahh.. saspen sungguh!

Bagi sesetengah orang Melayu (rasenye semua kot), Khamis malam Jumaat dianggap istimewa atau afdal bagi pasangan suami isteri. Dikatakan malam sesuai untuk 'bersama'. Tapi sekarang ni orang bangsa lain pun dah faham istilah 'Khamis Malam Jumaat'. Tak percaya? Pergi lah tanya, sure diorang akan senyum tersengih. Tapi kan, kenapa mesti Khamis malam Jumaat je? Malam-malam lain tak istimewa ke? Tak afdal gitu?

Haa.. jawab, jangan tak jawab.

Bukan ape, I ni kan baru kahwin. Ececeh.. Hehe.. Pulak tu semalam kan Khamis malam Jumaat. Pukul 9.30 dah tidur. Pagi esoknya Mr. Fruitheart pulak cakap, semua orang heboh Khamis malam Jumaat tu best, especially untuk orang yang baru kahwin. Saye rase tak ade ape-ape pun. Mau tak gelak besar I ni mendengarnye.



Sepatutnye setiap hari adalah sama istimewa untuk suami isteri. Tak perlu tunggu sampai Khamis malam Jumaat baru nak 'on' je. Haipp! Ayat I masih berlapis dan berlapik lagi ok.
Post a Comment