Monday, 30 May 2011

Mama dan Daddy Kahwin Lagi

Entri dalam Bahasa Melayu.
Perkahwinan dari sudut pandangan kanak-kanak berumur 7 tahun. Memang kelakar!

Pagi Ahad I bangun seawal jam 8. Tak habis lagi mengemas dapur. Pindah rumah memang memenatkan. Tengah sibuk membasuh tupperware, kiddo panggil. Rupanya, dia lapar. Nak maggie. Jadi, mamanya yang baik hati ni pun buat kan lah maggie. Nak masak lebih-lebih, semua barang dah masuk kotak. 5 minit lepas tu, siap.

Sambil tengah makan, mamanya di dapur lagi..
Kiddo: Mama, mama kahwin lah lagi sekali dengan daddy.
Mama: Hah? Kenapa mama nak kahwin lagi sekali pulak?
Kiddo: Nanti, bila mama dah kahwin, Syahmie dapat lah adik. Eh, salah. Mama kena kahwin lagi 2 kali.
Mama: Haa? 2 kali? Banyak sangat tu.
(Mama cuba fikir apa yang kiddo nak sampaikan sebenarnya)

Kiddo: 2 kali lah mama. Kan Syahmie nak 2 adik, one boy one girl. Sebab tu mama dengan daddy kena kahwin 2 kali.
Mama: Syahmie semalam ade 'imagination' ke?
(Imagination tu mimpi as per kiddo)

Kiddo: Tak. Syahmie nak adik cepat, tapi perut mama tu lambat sangat besar. Sebab tu mama dengan daddy kahwin lagi 2 kali. Baru boleh Syahmie dapat 2 adik. Arissa dengan Rifqi.

Mama dengan bangganya. Bila cerita dengan Mr. Fruitheart, you all tahu dia jawab apa? Hari-hari mama dengan daddy kahwin.

P/S: Memang lawak laka-laka lah anak mama ni.
Post a Comment