Friday, 22 July 2011

Lawak Si Anak Teruna

Anak teruna I lah siapa lagi. Budak bertuah tu. Sedia maklum dia sorang je anak I, masih tunggal lagi. Tujuh tahun belum ada geng nak buat gaduh, gurau senda, merajuk semua. Dengan mama ngan daddy je die buat tu. Dah bosan. Itu yang pagi tadi.

Kiddo: Mama, mama kene berkahwin dengan daddy hari-hari tau. Nanti boleh Syamie cepat dapat adik.
Mama: Ha? Macam mane mama nak kahwin hari-hari?

Memandangkan I dah tahu kiddo punya point of view, kahwin tu pada dia bukan aktiviti atas katil tu ye. Kahwin buat majlis kenduri siap naik pelamin.

Kiddo: Hari Sabtu lah. Macam dulu mama dengan daddy berkahwin. Mama pakai baju cantik.

Haa kan dah cakap. Syukur lah anak teruna I tu masih tak tahu lagi macam mane baby terjadi. Ada yang dah fikir lain nampaknye ye. Isk! Korang ni memang pusing 360 darjah.

Dalam kereta, on the way to school on the same day..
Mr. Fruitheart: Nanti mama dengan daddy pergi hotel berkahwin, Syamie duduk dengan atuk ngan nenek kat rumah tau.
Kiddo: Eh tak nak lah. Syamie nak ikut. Nanti daddy drive mama duduk tepi, Syamie duduk belakang la.
Mr. Fruitheart: Eh nanti no shame lah kalau Syamie nampak mama dengan daddy.
Kiddo: Syamie tengok mama cantik.
Mr. Fruitheart: ????

Sesungguhnya, di pagi Jumaat yang mulia ini Mr Fruitheart memang blur.

Mama: Maksud die sayang, die nak tengok kite naik pelamin.
Mr. Fruitheart: Ooooo.

Dan disambung dengan gelak tawa yang kuat. 


P/S: Loya masih ada sehingga ke hari ini. Walaupun tidak teruk, tapi menggangu gugat kestabilan diri dan hati meronta-ronta nak tahu adakah, apakah, mungkinkah??
Post a Comment