Monday, 1 August 2011

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK



Happy Fasting Everyone! Semoga selamat menunaikan ibadat puasa dan moga sepanjang bulan Ramadhan ini, kita memperoleh pahala yang banyak.

OK, I joined another segment by Ben Ashaari. I wonder, should I post it in Malay or English. Or Manglish, Englay?

Kita berbahasa Melayu/English pasar lah ek? Hehe. First time puasa masa umur I tujuh tahun. Seronok sebab ayah cakap siapa puasa penuh dapat duit raya RM100. See? Our parents who thought us like that, and no wonder some still use that reason nowadays. Kira macam bribe dah ni kan.. Kecik-kecik dah kene rasuah, dah besar??

Mak kejut awal, kul 4.30 pagi tau. Tenyeh mata terus duduk kat kerusi. Masa tu I sorang je yang bangun, adik semua kecik lagi.

'Ehh.. pegi cuci muka tu dulu, cuci mulut. Ish! Penuh air liur basi.' Muahaha.. kene jerit dengan mak.

Bangun awal macam tu memang lah tak boleh nak makan banyak macam makan tengahari kan. So, my mom paksa jugak makan banyak. Siap dia bancuhkan susu, bagi kenyang sampai petang katanya.

'Kalau lapar tengahari nanti caner mama? Boleh makan tak?'
'Cuba tahan. Kalau betul-betul lapar baru makan.'
'Habis, nanti kalau orang lain perli tak makan?'
'Dah tu kalau tak nak orang perli, jangan lah makan.'

Aduhhhh! Memang ayat macam tu lah I guna untuk balas jawapan kiddo. Tapi, kiddo adalah lagi cerdik memainkan cakap maknyaaaaa... Ye, Syahmie anak bertuah mama. Siap menjawab lagi.

Teringat lagi, tak tahu hari ke berapa sahur.. I tengah makan, oleh kerana ngantuk sangat.. muka pun menyembah nasi. Habis dengan sambal ayam kene mata. Apa lagi, diketawakan lah oleh ayah dengan mak. Kurang asam!

Makanan yang paling suka waktu berbuka? Pulut panggang. Bukan masa kecik je, sampai dah besar jadi mak budak ni pun. Cube usha gambar ni.. so yummylicious.


Mat Gebu post dalam entri ni Pulut Panggang. Ehh ehh.. cover air liur tu ya.
Post a Comment