Tuesday, 20 September 2011

Kalau Kita..

Kalau...

  • Kalau kita boleh bermekap satu jam, tepek bedak nak bagi muka putih macam Datuk Siti Nurhaliza.. kenapa kita tidak boleh bermekap, bercantik, bersegak untuk menghadap Allah?
  • Kalau kita boleh mandi dengan bersih, 'scrub' diri celah ketiak semua.. kenapa kita tidak boleh mandi bersihkan daki bila menghadap Allah?
  • Kalau kita boleh menunggu dan datang 45 minit awal untuk ambil tiket wayang.. kenapa kita tidak boleh melangkah awal ke surau atau masjid?
  • Kalau kita boleh membaca buku atau novel cinta sehingga lewat malam untuk satu jam barangkali sehingga terlelap.. kenapa kita tidak boleh meluangkan masa 10 minit membaca Al-Quran?
  • Kalau kita boleh memakai baju bersih dan cantik semasa 'dating' dengan buah hati.. kenapa kita tidak boleh menukar seluar yang telah kotor dibahagian kaki contohnya untuk menghadap Allah?
  • Kalau kita boleh meronda dengan buah hati tanpa hala tuju.. kenapa kita tidak boleh memandu jauh mencari masjid atau surau untuk menunaikan solat?
  • Kalau kita tidak suka rumah atau bilik kita kotor dengan sampah.. kenapa kita tidak boleh memastikan surau atau masjid tempat kita bersembahyang bersih?
  • Kalau kita boleh bersedia untuk ujian duniawi.. kenapa kita tidak boleh bersedia atau takut untuk menghadapi hari kematian?
  • Kalau kita boleh beli baju beribu-riban setiap bulan.. kenapa kita tidak boleh gantikan kain telekung yang sudah kuning siap ada tahi lalat dengan yang baru?
  • Kalau kita boleh membazir duit beli handphone sampai dua.. kenapa kita tidak boleh bersedekah barangkali RM10 kepada yang memerlukan?
  • Kalau kita boleh 'forward' email lawak jenaka dan gosip artis.. kenapa kita tidak boleh 'forward' email yang berunsur nasihat atau ilmu agama kepada rakan-rakan?

P/S: Diri tidak sempurna, alangkah indah kalau kita dapat menyeimbangkannya. Sekadar ingin berkongsi
Post a Comment