Tuesday, 20 November 2012

Anak Teruna Yang Sakit Hatinya

Entri dalam Bahasa Malaysia. Kalau I buat dalam English, tak kelakar nanti jadinye. Nak buat macam mana, English I tak hebat.

Sekarang ni kan tengah musim LEGO. Legoland. Shell pun ada bagi mainan lego kalau isi minyak RM40 dan ke atas, tapi kena ada kad bonuslink pulak baru sah. Macam-macam. Jadi, satu hari kiddo tersayang nampak iklan kat TV. Maka dengan seronoknya dia bertanya pada mama dia. Faham-faham je lah kan, nak lah tu. Tak cukup koleksi lego yang ada sebakul tu.

Yang si Mr. Fruitheart dah siap-siap beli 2 untuk diri sendiri. Haa, siapa kata lego untuk budak-budak. Bapak budak terjebak sama. Siap sorok dalam beg ok! Jenuh lah mama dia reka cerita sebab masa tu Mr. Fruitheart dah isi minyak.

Nak dijadikan cerita hari Ahad lepas kami keluar. Minyak kereta memang dah tinggal sikit. Dalam satu bar gitu. Lepas tu masa nak balik dah start blinking. Siapa yang seronok? KIDDO! Punya lah dia tanya bila daddy nak isi minyak, nanti boleh beli mainan lego bla bla. All the way back home dia membebel.

Tahu sangat perangai si daddy, memang sakan kena sakat lah. Kata nak isi minyak esok masa pergi kerja lah. Tak cukup duit nak isi minyak lah. Guna duit kiddo lah. Macam-macam.

Kiddo: Daddy, minyak dah blinking tu. Isi minyak tau dekat Shell. Lepas tu beli lego toys untuk Syahmie.
Mr. Fruitheart: Duit daddy dah habis. Syahmie bawak duit tak? Guna duit Syahmie lah.
Kiddo: Ala, Syahmie tak bawak duit.
Mr. Fruitheart: Tak ada duit tak boleh beli lah. Esok lah nak pergi kerja daddy isi.
Kiddo: Ala, hmm tak pe lah. (KECEWA!!)

Masa nak sampai rumah, Mr. Fruitheart drive terus ke arah Shell. Memang pergi Shell rupenye. Masa Mr. Fruitheart dalam kedai tu, agak lama lah juga.

Kiddo: Mama, daddy ni lama betul. Syahmie ni sakit hati dah mama.
Me: Haa? Nape Syahmie sakit hati?
Kiddo: Ye lah, daddy gurau.  Buat anak tunggu. Sakit hati Syahmie ni. Nak buat surprise dekat anak.
Me: (Still confused tahap gaban).
Kidddo: Hati Syahmie sakit mama. Dup dup dup.

LOL! I gelak punya kuat tak ingat ok. Rupenya kiddo nervous. Berdebar-debar gitu. Dia tak tahu nak cakap macam mana, jadi dia cakap jantung dia sakit.

P/S: BM kiddo memang teruk. English je pandai. Terima kasih Mickey Mouse.
Post a Comment