Wednesday, 12 December 2012

Kenduri Akikah Nur Leia Arissa

Entri tertangguh. Sepatutnya update selepas kenduri, tetapi gambar ada pada jurugambar yang terpaksa pulang ke universiti. Jadi, perlu tunggu sampai jurugambar balik baru boleh upload. Jurugambar ialah adik ipar I.

Majlis akikah I buat di kampung, Banting. Pemilihan buaian dan katering dibuat dua bulan sebelum majlis. Agak kelam kabut dan panik bila nak nak dekat hari majlis. Rasa macam nak buat kenduri kahwin OK! HAHA. Over sangat mama.

I ambil pakej Wafri Collections Buaian Berendoi. Banyak juga I survey dan hantar email sana sini. Nak yang terbaik dan berpatutan untuk baby girl kan. HEHE. Sekali tu ternampak lah beberapa gambar berendoi baby Marion Caunter. I like!! Cantik sangat, warna gold. WOW! Entah berapa lah harga nya kan. HEHE. Mr. Fruitheart dah pesan awal-awal, buai nak yang cantik. Errr.. Jadi I pun kena lah cari dan tunjuk. Dah boss besar yang membayarnye kan. :D


Pakej English Cradle Kayu Swing, menjadi pilihan. Oleh sebab baby girl, maka I ambil pink. Yay! Asyik pink je mama ni. Nak ambil warna lain, purple tapi nak kena tempah baju warna sama lagi kan. Dah lah masa tu baru lepas raya, mana sempat nak tempah. Beli ready made pun belum tentu ada saiz. Tambahan pula, lepas deliver baju semua mana muat. (Alasan)

I cukup berpuas hati dengan servis Wafri Collections. Cuma tu lah tak sempat jumpa tuan empunya. I kat KL jadi ayah I je yang uruskan.

Seekor kambing untuk anak perempuan. I ambil daripada Umm Baraqah. Servis memang memuaskan. Kambing golek jadi pilihan, suka betul Mr. Fruitheart. :D



Majlis dibuat hujung September 2012. Alhamdulillah, berjalan lancar cuma.. baby girl menangis kuat. Rupanya, dia tak suka ramai orang. Masa nak potong rambut dia menjerit-jerit nangis. Dan impian nak membuai dia dalam buaian cantik, mimpi je lah mama. Sobs sobs.


Mula-mula dia OK, lepas tu tengok ramai orang keliling dia mula menangis. Lepas tu dengan kurang tidurnya lagi kan. Memang sangat cranky. Bulat mata tengok sekeliling. Mama dengan daddy harus lah senyum, walaupun dalam hati.. Baby girl, please don't cry. Please behave.

Dan penat menangis, masuk bilik terus tidur.

Selepas semua tetamu balik, baru lah baby girl senyum dan dapat bergambar. Dah siap tukar baju pink tu ke baju putih. Berpeluh punya pasal.

P/S: Mr. Fruitheart cakap, nak lagi sorang anak. Err.. err.. Tempoh masa untuk dapat baby Ogos dah terlepas. Jadi, tahun depan kita cuba lagi. Ohoiiiii.. selamat. *senyum lebar*
Post a Comment