Skip to main content

Riuh Rendah Dialog Sehari Sebelum Raya

Esok raya.. Eh, betul ke? Dah nampak anak bulan? HEHE. Bak bait-bait lagu raya Senario..

"Anak-anak Gembira Bila Syawal Menjelma
Lebih Hebat Ibu dan Bapanya
Berhabis Tak Berkira Asal Nampak Bergaya
Walau Hutangnya Panjang Berjela"



Jom Balik Raya 2013
Image credit to abgteror.com
Moga kita semua dijauhkan daripada hutang yang panjang berjela selepas raya.

Sekarang ini mesti ramai anak-anak dara dan mak-mak dara yang sedang sibuk di dapur. Memasak juadah untuk pagi raya esok..insyAllah; dan mungkin dah ada yang masukkan kuih dalam balang sambil "NGAP". Almaklumlah dia dah beraya dulu. HEHE.

Antara dialog glamer sehari sebelum raya..

1.
Mak: Keisyaaaaaa!!!! Bangun anak oii. Dah nak tengahari ni. Ish! Buruk perangai anak dara bangun lewat.

Keisya: *sambil kesat mata* awal lagi nak bangun ni mak. Pukul 4 nanti kejut lah.
Mak: Tolong mak kat dapur ni kupas bawang, potong sayur. Nak masak untuk pagi raya esok.
Keisya: Ala, esok lah masak.
**Mak datang dengan baldi penuh air simbah anak.**

Dugaan anak seorang.

2.
Katrina: Mana ucu ni? Belum sampai-sampai. Takkan along nak buat sorang semua ni mak?
Ixora: Entahnya. Nak mengelat lah tu.
Mak: Nanti sampai lah. Yang dengki adik bongsu kamu belum sampai dah kenapa?
Katrina: Iye lah, iye lah. Nak menangkan adik je. *muncung ke depan*
Ixora: Nanti suruh dia vacuum satu rumah tau mak.

Dugaan anak bongsu dan anak yang tua bila buat kerja rumah.

3.
Mak: Untung mak ada anak lelaki ramai boleh tolong kemas rumah.
Adrian: Tunggu lah abang long bawa balik menantu nanti ye mak, abah.
Abah: Haaa.. pandai cakap orang. Kamu tu dah nak masuk 3 series juga. Mana bakal menantu abah?
Ashman: Padan muka.
Mak: Raya bertambah meriah kalau dah ada menantu dan cucu kan abahnye?
Abah: Kalau dah sampai raya haji pun kamu berdua tak bawa balik menantu, abah carikan calon menantu ikut pilihan abah.
Mak: Eh eh abahnye, itu macam nak buat tambahan cawangan je bunyinye.
**Abah sengih sampai telinga**

Dugaan anak yang belum kahwin dah lanjut usia.

4.
Andy: Mak, kak long tak balik beraya tahun ni ke?
Mak: Tak. Balik umah mentua dia la.
Andy: Dah 15 tahun kot raya pertama dia asyik kat umah mentua je.
Abah: Biar lah. Janji raya haji dia balik. Kamu esok dah kahwin, bawak-bawak lah berbincang gilir balik raya ke kampung.

Dugaan anak yang sudah berkahwin tak balik raya.

5.
Abah: Ish.. ish.. 15 balang kuih raya? Kerepek 5 balang? Ini semua siapa nak habiskan nanti??
Mak: Ish.. abang ni. Dah tentu lah jiran tetangga, kawan-kawan sy dan abang. Kawan-kawan anak kita lagi. Biar lebih, jangan kurang. Nanti tak ada kuih nak jamu.
Abah: Kalau tak habis, awak jual balik semua kan?
**Mak menjeling maut**

6.
Suami: Dalam sampul ni saya masukkan 2 ringgit je.
Isteri: Eh abang ni, sikit tu. Masukkan lah 5 ringgit.
Suami: Budak-budak kecil mana boleh pegang duit banyak. Nanti dah tentu mak bapak diorang pinjam duit.
Isteri: Eh sebab apa pulak?
Suami: Iye lah, mak-mak dah habis memborong sakan sebelum raya. Lepas raya tak cukup duit.
Isteri: Abang perli saya ke apa ni?

Dugaan isteri berbelanja melebihi bajet.

7.
Suami: Anak-anak daddy sekalian, tahun ni kita nak balik beraya mana?
Isteri: Anak-anak mummy sekalian, tahun ni kita balik beraya rumah opah ye.
Anak 1: Rumah opah. Tak ade internet.
Anak 2: Rumah opah tak ade aircond.
Anak 3: Rumah opah tak playstation.
Anak 4: Rumah opah tak de line telefon MAXIS, DIGI, CELCOM, UMOBILE.
Suami: Yeay! Kita balik rumah atuk lah macam ni.
Anak-anak: Rumah atuk pun sama. Kami beraya di KL aje lah daddy, mummy.

Anak-anak yang terlalu obses dengan kehidupan kotaraya. 

P/S: Banyak sangat dialog sampai tak tahu nak tulis yang mana. HEHE. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya.
Post a Comment

Popular posts from this blog

ASTRO: Just Because of RM10.45

On last Thursday, we had an issue with our ASTRO. We reached home and as usual, kiddo switched on the TV and click on her fave channel. However, there was a message:

We apologise for the service interruption. To resume service please SMS: Astro RCO XXXXX(Smartcard number) and send to 66688. For customers in Brunei, please call 151. (TCI)

So I sent an SMS, and got a reply:
RM0.00 You are currently not eligible for this transaction. Please make payment immediately to enjoy full ASTRO services again. Thank you.

Our ASTRO has been barred?? Mr. Fruitheart checked our history payment and confirmed we had paid. So, I had to call ASTRO. I called the toll free line and since I'm using the ASTRO IPTV, I was being transferred to another line.

I asked the customer service representative to check and she told me our ASTRO account has an outstanding payment. I was like WHAT? Outstanding payment? How much? Oh no! Did Mr. Fruitheart paid to the wrong account? Because I had 2 under my name.

Surprisingly…

Confinement Packages / Pakej Berpantang

During my last pregnancy, I hired a confinement lady (CL) from Jemari tradisional to take care of me after I delivered my baby girl. This time around I have not decided yet where I will be staying during my confinement days and not sure if I will get the same CL from JT.

So, I have started to search for confinement lady / confinement packages / post natal packages / post natal care/ penjaga pantang / pakej pantang / pakej urut bersalin on the Internet. I found few that looks OK but some of the websites were not updated. I do not know if they're still on business.

So here are the lists:
1. Jemari Tradisional - http://rawatanbersalin.blogspot.sg/ (last update Monday, 30 July 2012)
1. http://penjagapantang.wordpress.com/ (last update May 6, 2012)
2. http://inaurut.blogspot.sg/ (last update Tuesday, 23 April 2013)
3. http://cintasari.com/services_post_natal.html
4. http://dnatasyaayu.blogspot.sg/2013/01/pakej-pantang-2013.html (last update Tuesday, May 7 2013)
5. http://sirehqaseh.blogspot.sg…

Dilemma: Taska / Nursery for The Girls

We're back to square one. Scratching our head, thinking hard and have to make an important decision. My sister can no longer take care of my girls, she has accepted a job offer in KLIA2.

Definitely not going to hire another helper. I do not want face another headache, frustration and have stranger into our house. It would also cost us thousands of Ringgit again which we don't have. Now we're considering sending the girls to a childcare centre. Choosing a childcare centre is NOT easy. Reliable and registered are normally full.

I had done my research on the Internet, browsing the JKM website looking for registered taska / nursery. I called few places and they are no longer accepting new entry.

I had called this centre named Taska Umi Setia Kasih in Danau Kota. I prefer this taska since it is close to kiddo's transit house and school. It is also close to my in law's house. And it is just opposite the police station. Aha. There is a place for Arissa, but I have to wait fo…